Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

UDA beri diskaun sewa, moratorium bantu usahawan dan peniaga kecil

Zailani by Zailani
7 May 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
UDA beri diskaun sewa, moratorium bantu usahawan dan peniaga kecil
0
SHARES
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 MEI – UDA Holdings Bhd (UDA) melaksanakan tiga inisiatif utama merangkumi pemberian diskaun sewa hingga 20 peratus, moratorium dan bantuan kos utiliti bagi membantu peniaga yang menjalankan perniagaan di kompleks beli-belah dan bangunan komersial di bawah milikan serta seliaan UDA berikutan krisis bekalan global.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, berkata pemberian diskaun itu melibatkan pelaksanaan secara bersasar berdasarkan dua kategori pelaksanaan, iaitu 10 peratus kepada semua penyewa dan tambahan diskaun 10 peratus secara bersasar kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui Program Insentif Usahawan UDA bermula Mei hingga Disember ini.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

Beliau berkata, UDA juga melaksanakan moratorium sebagai langkah sokongan kepada aliran tunai PMKS melalui pembayaran sewa bulanan yang lebih fleksibel, termasuk kebenaran tunggakan sewa hingga tiga bulan kepada penyewa yang terjejas berdasarkan penilaian prestasi dan keperluan operasi.

Selain itu, bantuan kos utiliti (Utility Cost Relief), iaitu pengurangan kos operasi PMKS secara tidak langsung melalui penangguhan kenaikan caj perkhidmatan operasi kompleks dengan UDA akan menanggung kos kenaikan berkenaan.

“UDA dijangka menanggung kos sebanyak RM12.5 juta untuk melaksanakan segala bantuan ini kepada peniaga dan usahawan PMKS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA diturunkan mulai bulan ini bagi membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi.

Anwar berkata, langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu peniaga dan penjaja yang turut terkesan akibat krisis bekalan global ketika ini.

-BERNAMA

Previous Post

Eskayvie melangkah agresif tembusi pasaran Asia Tenggara

Next Post

Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Next Post
Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil