Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Eskayvie melangkah agresif tembusi pasaran Asia Tenggara

Zailani by Zailani
6 May 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Eskayvie melangkah agresif tembusi pasaran Asia Tenggara
0
SHARES
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Jenama kesihatan dan kesejahteraan tempatan, Eskayvie, memperkukuh agenda pengembangan global menerusi inovasi sains bagi menembusi pasaran Asia Tenggara secara lebih agresif.

Langkah strategik itu merangkumi pasaran utama termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Brunei yang dilihat mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

12 Jun 2026

Pengasas Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed, berkata Indonesia menjadi tumpuan utama syarikat berikutan saiz populasinya yang besar selain mempunyai keserasian tinggi dengan model perniagaan serta produk yang ditawarkan.

“Matlamat kami bukan sekadar pengembangan pantas, tetapi pertumbuhan mampan dan menguntungkan dengan mengimbangi pecutan hasil serta disiplin kos yang tinggi”

“Eskayvie mensasarkan pertumbuhan tahunan dua angka bagi tempoh jangka pendek, manakala sasaran jangka sederhana adalah untuk mencapai perolehan mencecah ratusan juta ringgit,” katanya dalam kenyataan kepada Berita Harian.

Kartika Wati berkata, bagi merealisasikan sasaran itu, syarikat menetapkan empat tonggak utama merangkumi pengukuhan inovasi produk, peluasan skala pengedaran menerusi Eskayvie Nexus, penjenamaan ‘Super Branding’ serta pemerkasaan analisis data dan teknologi.

Katanya, komuniti Eskayvie Nexus kekal menjadi enjin pertumbuhan utama syarikat melalui sistem pengambilan berstruktur dan pembangunan kepimpinan di seluruh rantau ini.

Jelasnya, pengguna hari ini lebih bermaklumat dan selektif. Mereka menuntut produk yang bukan sahaja berkesan, malah selamat dan disahkan secara klinikal.

Selain pengembangan pasaran, Eskayvie turut memberi tumpuan strategik kepada pembangunan nutrisi minda untuk generasi muda melalui kempen Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda.

Formulasi produk Mindtropic dan Mindtropic Junior dipertingkatkan dengan nutrien penting bagi membantu kanak-kanak serta remaja mendepani cabaran era digital dan tekanan akademik yang semakin kompleks.

Ketua Penyelidik & Inovasi, Pengarah Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkata setiap ramuan dalam produk itu dibangunkan bersama pasukan profesional bagi memastikan ia relevan dengan keperluan tubuh manusia.

Sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, Eskayvie turut melancarkan kempen ‘Imbas & Menang’ yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM300,000, termasuk sebuah kereta elektrik (EV) Proton eMas 7 sebagai hadiah utama.

Previous Post

ASEAN disaran tubuh ‘war room’ rantaian bekalan

Next Post

UDA beri diskaun sewa, moratorium bantu usahawan dan peniaga kecil

Next Post
UDA beri diskaun sewa, moratorium bantu usahawan dan peniaga kecil

UDA beri diskaun sewa, moratorium bantu usahawan dan peniaga kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil