Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Peniaga kecil, penjual ‘online’ boleh buka akaun semasa deposit serendah RM100

Zailani by Zailani
4 May 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Peniaga kecil, penjual ‘online’ boleh buka akaun semasa deposit serendah RM100
0
SHARES
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peniaga kecil dan penjual dalam talian kini boleh menarik nafas lega apabila deposit permulaan untuk membuka Akaun Semasa Asas (BCA) bagi perusahaan mikro telah diturunkan secara drastik kepada hanya RM100 berbanding RM500 sebelum ini.

Rencana: Merapatkan Jurang: Perkhidmatan Perbankan Asas pada Kos yang Berpatutan dan Mudah Diakses, yang terkandung di dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2025, menyatakan langkah berkenaan dilihat sebagai satu penyelesaian terus kepada keluhan lazim peniaga kecil yang sering berhadapan kesukaran untuk membuka akaun semasa syarikat kerana kekangan modal deposit permulaan yang tinggi.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

12 Jun 2026

Memetik laporan Berita Harian, baru-baru ini, selain penurunan deposit permulaan, pemeliharaan kos perbankan yang berpatutan turut dijamin apabila fi perkhidmatan untuk BCA kini dihadkan kepada hanya RM10 bagi setiap separuh tahun.

Akses kepada perbankan berkos rendah ini amat penting bagi perusahaan mikro kerana ia dapat mengurangkan keperluan menyimpan wang tunai yang berisiko tinggi terhadap kecurian, di samping mengelakkan amalan mencampuradukkan kewangan peribadi dengan urusan perniagaan.

Paling utama, kemudahan akaun asas ini berupaya memupuk disiplin kewangan yang baik dalam kalangan peniaga kecil, lantas membantu mereka mewujudkan rekod prestasi perniagaan yang kukuh bagi membuka lebih banyak peluang mendapatkan pembiayaan pada masa hadapan.

“Pendekatan bersasar ini memastikan bank menumpukan sumber dan perhatian kepada golongan yang paling memerlukan, seterusnya menyediakan laluan praktikal untuk golongan ini mengambil bahagian dalam sistem kewangan dengan lebih menyeluruh,” lapor BNM.

Selain akaun semasa, perusahaan mikro kini turut dinaik taraf kelayakan mereka dan dibenarkan untuk membuka Akaun Simpanan Asas (BSA) dengan syarat deposit permulaan dikekalkan pada tahap yang sangat rendah iaitu hanya RM20.

Menambah kelegaan rakyat dan golongan peniaga, dokumen dasar yang disemak semula itu turut memansuhkan pelbagai caj perkhidmatan teras harian, termasuk pemberian kemudahan kad debit secara percuma tanpa sebarang fi tahunan, yang mana sebelum ini pengguna dikenakan caj RM8 bagi pengeluaran tanpa had.

Lebih menarik, had bilangan transaksi percuma yang pernah dikuatkuasakan sebelum ini telah dimansuhkan, bermakna transaksi di kaunter, pengeluaran wang tunai, dan pemindahan dana kini boleh dilakukan secara percuma tanpa sebarang had.

Walaupun perbankan internet disediakan untuk kelancaran transaksi masa kini, BNM mengambil maklum bahawa segmen seperti warga emas dan komuniti luar bandar masih menggemari perkhidmatan bersemuka, justeru perkhidmatan di kaunter kekal percuma bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada kelancaran akses kewangan.

Bagi melengkapkan usaha ini, BNM turut mewajibkan pihak bank untuk memberikan layanan yang adil, profesional dan bertanggungjawab, termasuk menerangkan manfaat akaun secara jelas menggunakan bahasa yang ringkas serta mudah difahami oleh pelanggan.

Previous Post

KPTM diminta tambahbaik aspek keselamatan dan kebajikan pelajar

Next Post

Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal  bulan depan

Next Post
Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal  bulan depan

Kad pengenalan, pasport dengan ciri keselamatan baharu diperkenal  bulan depan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil