Tuesday, 16 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Projek Cili IPR-INTAN Jana Pendapatan Peladang B40

Zailani by Zailani
2 May 2026
in SME Bisnes
0
Projek Cili IPR-INTAN Jana Pendapatan Peladang B40
0
SHARES
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 2 MEI – Projek penanaman cili IPR-INTAN Putrajaya berjaya  menjana pendapatan  sekaligus mewujudkan sumber pendapatan mampan kepada komuniti B40, di samping memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Projek rintis itu kini memasuki kitaran kelima bagi tahun 2026 dan sepanjang tempoh pelaksanaannya telah menghasilkan lebih 200 tan cili segar dengan nilai keseluruhan dianggarkan sekitar RM1.5 juta.

Related posts

Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

15 Jun 2026
JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026

Inisiatif berkenaan turut disokong oleh Kelab Cili Nestlé, program penanaman kontrak jangka panjang syarikat yang diperkenalkan sejak 1995.

Menurut kenyataan Nestlé (Malaysia) Bhd kepada Berita Harian, peladang yang menyertai projek itu berjaya meraih pendapatan purata kira-kira RM3,000 sebulan, sekali gus membuktikan keberkesanan model perladangan tersusun dalam meningkatkan taraf hidup komuniti B40.

Melalui program itu, Nestlé Malaysia kini berjaya memenuhi 100 peratus keperluan cili segar bagi pengeluaran Sos Cili MAGGI yang dihasilkan dalam negara.

Inisiatif pertanian kontrak itu menyokong peladang tempatan di 12 tapak penanaman meliputi kawasan seluas 146 ekar di beberapa negeri termasuk Kelantan, Selangor, Putrajaya dan Johor.

Program rantaian bekalan ini menyediakan jaminan pendapatan, pembangunan kemahiran teknikal serta permintaan pasaran yang stabil melalui sistem bekalan yang boleh dijejak sepenuhnya.

Selain pembelian hasil tanaman, Nestlé Malaysia turut menyokong peladang dengan latihan amalan pertanian regeneratif moden dan mesra alam bagi meningkatkan hasil serta produktiviti ladang.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, menegaskan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memperkukuh sektor pertanian negara.

“Usaha menyokong mata pencarian peladang tempatan adalah penting kepada rantaian nilai dan juga agenda keterjaminan makanan negara.

“Pakatan jangka panjang dengan komuniti peladang dan pihak-pihak berkepentingan kerajaan, termasuk kerjasama kami dengan IPR-INTAN di bawah Kementerian, mencerminkan tanggungjawab bersama kami untuk membina sistem makanan yang lebih berdaya tahan dan mampu diri sambil memperkasakan isi rumah B40,” katanya.

Kejayaan inisiatif itu mendapat perhatian Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang mengadakan lawatan rasmi ke projek berkenaan baru-baru ini.

Kelab Cili Nestlé yang bermula di Kelantan kemudiannya diperluas secara berperingkat ke Terengganu dan Selangor pada 2021.

Pada 2025, sebuah projek rumah hijau berskala besar turut dibangunkan di Johor dengan kerjasama Chin Siam Chiap (CSS).

Komitmen itu diperkukuh melalui program Farmer Connect yang kini menyokong ratusan peladang dalam pelbagai sektor termasuk penanaman cili, koko, padi dan kopi.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada peningkatan sosioekonomi komuniti melalui amalan pertanian regeneratif serta pembangunan kapasiti bagi kelangsungan jangka panjang.

Usaha pemindahan ilmu agronomi turut merangkumi penanaman padi lestari di Kedah dan Perlis, selain perolehan koko di Sabah dan Sarawak dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia serta pembangunan penanaman kopi di Kedah dan Gua Musang, Kelantan.

Previous Post

Harga Emas Mungkin Cecah RM700 Segram Hujung Tahun Ini.

Next Post

Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui 11km dari lokasi

Next Post
Mayat  kanak-kanak jatuh longkang ditemui 11km dari lokasi

Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui 11km dari lokasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”
  • MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim
  • Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil