Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS bagi hari ketiga

Adila by Adila
26 Mar 2026
in Semasa
0
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS bagi hari ketiga
0
SHARES
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) – MOMENTUM pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) diteruskan pada sesi awal urus niaga Khamis yang juga hari ketiga berturut-turut susulan sentimen positif didorong oleh prospek gencatan senjata antara AS dan Iran.

Setakat 8 pagi hari ini, ringgit mengukuh kepada 3.9550/9760 berbanding dolar AS daripada paras 3.9620/9670 pada akhir urus niaga semalam.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit diniagakan lebih stabil berbanding dolar AS ketika pasaran terus menunggu kemungkinan rundingan AS-Iran dapat menjadi kenyataan.

“Peserta pasaran bagaimanapun masih menunggu sama ada perang ini akan berakhir dalam masa terdekat ketika di peringkat global menyaksikan banyak negara bergelut dengan lonjakan harga bahan api,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata harga minyak mentah Brent berkurangan sebanyak 1.21 peratus pada AS$103.23 setong manakala harga semasa emas naik 0.68 peratus kepada AS$4,506 bagi setiap auns troy.

“Selain itu, ekuiti AS juga meningkat sedikit manakala Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata,” katanya.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran pertukaran mata wang asing diselubungi kebimbangan susulan spekulasi mengenai kemungkinan tindakan AS merampas Pulau Kharg untuk mengawal aliran minyak Iran.

“Kemungkinan itu ketara selepas Iran menolak cadangan gencatan senjata membabitkan 15 perkara yang dikemukakan oleh AS,” katanya.

Dalam pada itu ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain pada sesi awal hari ini.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.4813/4948 daripada 2.4935/4969 semalam, meningkat berbanding pound British kepada 5.2847/3127 daripada 5.3087/3154 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5728/5971 daripada 4.5963/6021 pada penutupan semalam.

Selain itu, ringgit juga menunjukkan aliran mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

  • Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0869/1038 daripada 3.0965/1007
  • Mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.0645/1375 daripada 12.1336/1557
  • Meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 233.8/235.2 daripada 234.2/234.6
  • Naik berbanding peso Filipina kepada 6.58/6.62 daripada 6.59/6.60

Previous Post

Pasaraya KITO, tawar kemudahan pengunjung hospital Kuala Krai

Next Post

Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

Next Post
Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil