Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Zailani by Zailani
26 Oct 2026
in Semasa
0
Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG, 26 OKT ( Sinar Harian) – Kerajaan Kelantan tidak mahu pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) terus tertangguh walaupun Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM250 juta melalui Belanjawan 2027.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, jika menunggu peruntukan, pihaknya bimbang pelaksanaannya turut tertunda.

Related posts

Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026
Rupiah jatuh menghampiri paras terendah dalam sejarah, pasaran saham merosot

Rupiah jatuh menghampiri paras terendah dalam sejarah, pasaran saham merosot

26 Oct 2026

“Hal ini kerana ia perlu melalui proses perbahasan dan kelulusan di Parlimen.

“Jadi saya berharap cadangan berkenaan mendapat pertimbangan sewajarnya,” katanya ketika ditemui semasa meninjau perkembangan terkini PLSB berhampiran Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Kalai, di sini pada Isnin.

Hadir sama Pengarah JPS Kelantan, Datuk Siti Fairus Zakaria.

Menurut beliau, proses itu akan diteruskan melalui kaedah bina, kendali dan serah (BOT).

Katanya, proses pemilihan kontraktor bagi projek berkenaan sudah dilaksanakan dan kerajaan negeri menyasarkan pelantikan itu akan dibuat tahun ini.

“Jika proses penganugerahan projek dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut, kontraktor boleh menguruskan kelulusan perancangan sebelum memulakan kerja pembinaan pada 2027,” katanya.

Dr Izani memberitahu, kerajaan negeri mahu meneruskan proses yang ada dan berharap projek ini dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat bagi meneliti cadangan pembangunan yang dikemukakan sebelum keputusan mengenai pelaksanaan projek dibuat.

“Kos pembinaan bangunan stesen sahaja dianggarkan antara RM50 juta hingga RM70 juta, manakala komponen pembangunan lain perlu diteliti berdasarkan cadangan kontraktor dan potensi pulangan pelaburan,” katanya.

Previous Post

Peluang besar kejatuhan emas

Next Post

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

Next Post
MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil