Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Sarawak perkasa agenda Bumiputera, sasar lebih banyak syarikat tembusi pasaran serantau

Zailani by Zailani
29 Sep 2026
in Ekonomi Islam, Semasa
0
Sarawak perkasa agenda Bumiputera, sasar lebih banyak syarikat tembusi pasaran serantau
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA 29 SEPT – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada pengembangan perusahaan, pembangunan bakat, pembiayaan, akses pasaran serta penyertaan dalam sektor ekonomi berimpak tinggi.

Related posts

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026
MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur

27 Oct 2026

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata pendekatan secara bersepadu itu penting bagi memastikan lebih banyak syarikat Bumiputera Sarawak mampu berkembang dan meluaskan pasaran ke peringkat serantau.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera Bil. 2/2026 di sini, semalam.

Menurutnya, antara langkah utama yang dilaksanakan ialah menerusi kerangka strategik 3-7-20, yang memberi fokus kepada usaha membawa syarikat Bumiputera ke Bursa Malaysia, membangunkan Regional Business Champions serta meningkatkan perusahaan mikro menjadi syarikat Sendirian Berhad.

Katanya, pendekatan itu mula menunjukkan hasil apabila United Asiapac Energy Berhad berjaya disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 14 September lalu.

“Penawaran tersebut merekodkan permodalan pasaran sebanyak RM192.50 juta, manakala dana berjumlah RM48.74 juta berjaya diperoleh,” katanya.

Awang Tengah berkata, sembilan lagi syarikat Bumiputera Sarawak kini dikenal pasti untuk dibangunkan ke arah penyenaraian, termasuk dua syarikat yang disasarkan memasuki Bursa Malaysia pada 2027.

Peluang dalam sektor ekonomi baharu

Dalam masa sama, Kerajaan Sarawak memperluas peluang penyertaan Bumiputera dalam sektor pertumbuhan tinggi, termasuk hidrogen, petrokimia, pembuatan termaju, aeroangkasa dan semikonduktor.

Menurut Awang Tengah, langkah itu selaras dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy 2030 (PCDS 2030) yang menggariskan hala tuju pembangunan ekonomi negeri.

Bagi memastikan keperluan tenaga kerja seiring dengan perkembangan sektor berkenaan, katanya, pembangunan bakat terus diberi perhatian menerusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Usaha itu dilaksanakan melalui institusi seperti CENTEXS dan Sarawak Skills, selain kerjasama dengan agensi Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) yang mula dilaksanakan tahun ini.

Awang Tengah berkata, kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuh bagi membangunkan ekosistem perusahaan yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya saing.

Previous Post

Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

Next Post

Lelaki belasah penunggang motosikal, berang bayi terjaga, menangis akibat bunyi ekzos

Next Post
Lelaki belasah penunggang motosikal, berang bayi terjaga, menangis akibat bunyi ekzos

Lelaki belasah penunggang motosikal, berang bayi terjaga, menangis akibat bunyi ekzos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil