Friday, 18 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Kukuh ekosistem halal di rantau ASEAN

Zailani by Zailani
18 Sep 2026
in Khas
0
Kukuh ekosistem halal di rantau ASEAN
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA, 18 SEPT ( Sinar Harian) – Malaysia mencadangkan penubuhan dan pelancaran Majlis Halal ASEAN di Malaysia direalisasikan pada September tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan bulan Halal Kebangsaan sebagai mekanisme baharu bagi mengukuhkan integrasi ekosistem halal di rantau ASEAN.

Related posts

Grab beli 60 peratus pegangan dalam Atome pada RM6.03 bilion

Grab beli 60 peratus pegangan dalam Atome pada RM6.03 bilion

16 Sep 2026
Malaysia tangani isu birokrasi babit pelajar Maldives, perkukuh kerjasama bidang kesihatan – PM

Malaysia tangani isu birokrasi babit pelajar Maldives, perkukuh kerjasama bidang kesihatan – PM

15 Sep 2026

“Malaysia bersedia menjadi sekretariat majlis berkenaan manakala Indonesia dicadangkan sebagai pengerusi sulung, tertakluk kepada persetujuan negara-negara ASEAN.

“Kita tidak boleh menunggu lebih lama. Ekonomi halal bergerak pantas dan pasaran tidak akan menunggu kita untuk mengatur diri.

“Antara sekarang dan ketika itu, kita perlu menyediakan mandat, tadbir urus dan penyampaian pertama majlis supaya ia bersedia untuk bertindak mulai hari pertama,” katanya ketika menjadi panel pada Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) ke-5 pada Jumaat.

Beliau berkata, Majlis Halal ASEAN tidak seharusnya sekadar menjadi satu lagi platform pertemuan, sebaliknya perlu berfungsi sebagai mekanisme memudahkan pergerakan produk halal merentasi rantau ini melalui pengurangan pertindihan, pengiktirafan lebih meluas dan hubungan lebih kukuh antara sistem halal negara anggota.

“Pengiktirafan sahaja tidak mencukupi. Majlis ini juga perlu membantu perniagaan kita berkembang dengan menghubungkan syarikat yang diperakui halal kepada rantaian bekalan serantau, taman halal, pembiayaan, logistik dan akhirnya pasaran baharu,” jelasnya.

Berdasarkan data, sektor halal menyumbang hampir AS$20 bilion kepada ekonomi negara setakat Jun lalu bersamaan 7.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala jumlah syarikat yang mendapat pensijilan halal meningkat 12.4 peratus.

Perbelanjaan pengguna Muslim dalam enam sektor utama ekonomi Islam mencecah AS$2.6 trilion pada 2024 dan dijangka meningkat kepada sekitar AS$3.56 trilion menjelang 2029.

Sektor makanan halal juga telah menyumbang lebih AS$1.5 trilion dalam perbelanjaan.

Ahmad Zahid menambah, Majlis Halal ASEAN juga boleh menjadi salah satu asas penting ke arah penubuhan World Halal Development Council yang dicadangkan.

“Perbincangan mengenai usaha itu akan diteruskan pada Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) di Kuala Lumpur pada akhir bulan ini,” katanya.

Previous Post

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

Next Post

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid

Next Post
UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta - Ahmad Zahid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • 90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan
  • UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid
  • Kukuh ekosistem halal di rantau ASEAN

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil