Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB

Zailani by Zailani
13 Sep 2026
in Semasa
0
Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 13 SEPT ( Berita Harian) – Kerajaan kekal tegas dalam usaha mendapatkan semula aset yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk melalui tindakan perundangan di beberapa negara.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pihaknya mengambil maklum tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Singapura terhadap DBS Bank Ltd oleh empat syarikat yang sedang dalam proses pembubaran bersama pelikuidasi yang dilantik mahkamah.

Related posts

Rangka manusia dalam tong biru

Rangka manusia dalam tong biru

13 Sep 2026
BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

12 Sep 2026

Tuntutan itu membabitkan ganti rugi kira-kira S$1.298 bilion (RM4.2 bilion) berhubung dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Menurut Pasukan Petugas Pemulihan Aset 1MDB, tuntutan itu membabitkan lima akaun DBS yang dibuka pada 2013 oleh empat syarikat terbabit.

okumen pembukaan akaun menamakan Tan Kim Loong atau Eric Tan, sebagai pemilik

benefisial tunggal syarikat itu dan penandatangan bagi kelima akaun yang didakwa telah digunakan untuk menyalurkan lebih AS$1 bilion dana 1MDB dan SRC yang diseleweng antara tahun 2013 hingga 2014.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha pemulihan itu bukan semata-mata soal menuntut kembali wang yang hilang.

Beliau menegaskan ia adalah satu amanah, keyakinan terhadap institusi serta martabat Malaysia di mata rakan antarabangsa turut tergadai dalam episod hitam negara ini.

“Justeru, Kerajaan MADANI berikhtiar memperteguh tatakelola dan kebertanggungjawaban institusi agar pengkhianatan sebesar ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MOF, hari ini.

Berdasarkan angka terkini, jumlah keseluruhan obligasi 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar kerajaan serta baki hutang RM8.9 bilion.

Sebanyak RM31.3 bilion diterima sebagai hasil pemulihan aset, menjadikan baki kerugian yang bakal ditanggung kerajaan akibat skandal 1MDB mencecah RM20 bilion.

Usaha pemulihan membabitkan kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Switzerland, United Kingdom dan Singapura.

Antara pemulihan terbaharu ialah penyelesaian yang dicapai Kerajaan dengan JPMorganChase pada Ogos 2025, yang membabitkan sumbangan RM1.4 bilion ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia.

Previous Post

Rangka manusia dalam tong biru

Next Post

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

Next Post
Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
  • Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
  • Rangka manusia dalam tong biru

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil