Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

Zailani by Zailani
12 Sep 2026
in Semasa
0
BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 12 SEPT ( Berita Harian) – BYD Sime Motors melancarkan BYD ATTO 3 Performance 2026 di Malaysia, sekali gus memperkenalkan varian paling berkuasa dalam rangkaian SUV elektrik jenama berkenaan setakat ini.

Pengarah Urusannya, Adeline Lew, berkata lebih 13,000 unit BYD ATTO 3 kini berada di jalan raya Malaysia sejak model itu diperkenalkan, mencerminkan penerimaan serta momentum BYD yang semakin kukuh dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

Related posts

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

12 Sep 2026
Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

12 Sep 2026

“Menerusi varian Performance 2026, kami terus membina kejayaan yang dicapai sambil mengutamakan proses pemilikan pelanggan dengan disokong oleh rangkaian kemudahan BYD yang semakin luas, terdiri daripada 44 cawangan jualan dan pemasaran, 28 pusat servis serta 12 pusat baik pulih badan dan cat badan kenderaan, di samping pelancaran Program Pramilik BYD Certified,” katanya pada majlis penghargaan media dan pelancaran model itu semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma.

Sementara itu, Ma berkata, varian baharu itu menambahkan lagi penawaran BYD ATTO 3 dengan menggabungkan prestasi, teknologi dan ciri praktikal yang sesuai untuk kegunaan harian.

“Model ini ditawarkan dalam jumlah terhad sebanyak 69 unit sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Model ini dikuasakan dengan pacuan semua roda (AWD), teknologi bateri terkini serta ciri-ciri pintar.

Ia juga menghasilkan kuasa sistem tergabung sehingga 330 kW dan tork 560 Nm, selain mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.0 saat, menjadikannya lebih berorientasikan prestasi berbanding varian lain dalam rangkaian berkenaan,” katanya.

Menurutnya, walaupun membawa peningkatan prestasi yang ketara, BYD masih mengekalkan ciri praktikal sebagai sebuah SUV elektrik untuk kegunaan harian yang menggunakan Bateri Bilah LFP berkapasiti 74.88 kWj, menyokong pengecasan pantas DC sehingga 220 kW dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 530 km berdasarkan NEDC.

“Dari segi kelengkapan, varian Performance turut menerima beberapa ciri tambahan termasuk Paparan Kepala pada Cermin Depan (W-HUD) dan menjadi varian pertama ATTO 3 yang dilengkapi peti sejuk kenderaan dengan fungsi penyejukan dan pemanasan,” katanya.

Menerusi pelancaran Performance, rangkaian BYD ATTO 3 2026 di Malaysia kini terdiri daripada tiga varian, iaitu Ultra pada RM125,800, Premium (RM138,800) dan Performance (RM149,800) dengan varian Premium turut ditawarkan dalam warna baharu Gemilang Blue.

Bagi pembeli varian baharu ini, BYD Sime Motors turut menawarkan pakej pelancaran bernilai sehingga RM10,000, merangkumi pilihan pemasangan standard pengecas dinding atau pakej servis standard enam tahun, masing-masing disertakan dengan tawaran tukar beli tambahan.

Previous Post

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil