Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Terapung di Laut China Selatan, enam anggota PASKAL selamat 

Zailani by Zailani
13 Aug 2026
in Semasa
0
Terapung di Laut China Selatan, enam anggota PASKAL selamat 
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), berjaya ditemui selamat selepas terapung di perairan Laut China Selatan susulan tersasar daripada posisi pendaratan ketika menjalani latihan penerjunan bebas.

Related posts

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

12 Sep 2026
Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

12 Sep 2026

TLDM menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perubahan cuaca secara tiba-tiba yang menjejaskan jarak penglihatan ketika latihan berkenaan dijalankan.

Menurutnya, keenam-enam anggota terbabit berjaya ditemui dan diselamatkan oleh kapal TLDM yang berada di kawasan berkenaan.

“Terjunan yang tersasar itu berpunca daripada faktor perubahan cuaca secara tiba-tiba sehingga menjejaskan jarak penglihatan,” menurut kenyataan itu.

TLDM berkata, kejayaan anggota PASKAL berkenaan mengharungi situasi tersebut membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik yang dilaksanakan bagi mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.

Selain kemahiran tempur, latihan intensif itu turut membentuk ketahanan diri, disiplin serta keupayaan ikhtiar hidup dalam situasi ekstrem.

“Keupayaan ini selaras dengan slogan PASKAL, ‘Sentiasa Yang Terbaik’,” katanya.

Dalam pada itu, TLDM menegaskan komitmen berterusan untuk mengimbangi aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota bagi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan anggota TLDM dipercayai terbabit dalam satu insiden selepas menjalani latihan payung terjun di perairan Laut China Selatan, semalam.

Previous Post

Kelantan perkukuh penglibatan dalam industri petroleum dan gas

Next Post

AS ancam kenakan pengasingan ekonomi ‘belum pernah dilihat dunia’ ke atas Iran

Next Post
AS ancam kenakan pengasingan ekonomi ‘belum pernah dilihat dunia’ ke atas Iran

AS ancam kenakan pengasingan ekonomi 'belum pernah dilihat dunia' ke atas Iran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil