Thursday, 30 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

Zailani by Zailani
30 Jul 2026
in Semasa
0
RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan dua pemimpin tertinggi institusi itu ditamatkan perkhidmatan pada 2021 tanpa sebab yang munasabah, sekali gus menjejaskan usaha penambahbaikan yang sedang dilaksanakan ketika itu.

Laporan itu menyatakan penamatan perkhidmatan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 5 Mei 2021 dibuat sebelum kontraknya berakhir pada 31 Ogos tahun yang sama.

Related posts

Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026
Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026

Tan Sri Md Nor Md Yusof pula ditamatkan sebagai Pengerusi Lembaga TH pada 15 Oktober 2021, walaupun kontraknya yang disambung selama dua tahun mulai 20 Julai 2020 masih belum tamat.

Menurut RCI, kedua-dua mereka telah memberikan perkhidmatan yang baik dan ketika itu sedang menerajui pelbagai inisiatif bagi memperkukuh serta menambah baik pengurusan TH.

Suruhanjaya berpandangan penamatan pelantikan kedua-dua pemimpin berkenaan secara mengejut tanpa alasan telah memberi kesan kepada kesinambungan proses penambahbaikan yang sedang dilaksanakan di TH.

Susulan dapatan itu, RCI berpendapat peruntukan yang membolehkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga dibatalkan tanpa sebab tidak wajar dikekalkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

“Suruhanjaya berpandangan kuasa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa sebab tidak wajar diperuntukkan dalam Akta 535.

“Oleh itu, Suruhanjaya mencadangkan sebelum pembatalan pelantikan mana-mana anggota Lembaga, ia perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan penasihat bebas yang dicadang untuk ditubuhkan,” menurut laporan itu.

RCI turut berpandangan bahawa sebarang cadangan untuk menamatkan perkhidmatan anggota Lembaga perlu disertakan dengan alasan yang munasabah sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Menurut laporan itu, sekiranya syor berkenaan diterima kerajaan, pindaan sewajarnya perlu dibuat terhadap Akta 535 bagi memastikan proses pelantikan dan penamatan anggota Lembaga TH dilaksanakan secara lebih telus, berakauntabiliti dan bebas daripada keputusan yang dibuat tanpa justifikasi.

Sementara itu, Nik Mohd Hasyudeen, dilihat memberi reaksi susulan penerbitan laporan RCI menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau dilihat menyindir pihak yang didakwa gemar memperkatakan tuduhan tanpa bukti, namun berdiam diri apabila fakta sebenar didedahkan.

“Saya fahami arah pemikiran mana-mana kumpulan WhatsApp apabila kecohnya mereka apabila wujud tuduhan tanpa bukti dan kesunyian apabila timbulnya fakta,” katanya

Hantaran itu dimuat naik sehari selepas laporan RCI diterbitkan, sekali gus mengundang persoalan sama ada kenyataan berkenaan mempunyai kaitan dengan dapatan suruhanjaya tersebut.

Previous Post

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil