Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia kekalkan status ‘raja IPO’ Asia Tenggara kali kedua berturut-turut

Zailani by Zailani
15 Jul 2026
in Semasa
0
Ketua Pengarah MARA dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, bawa gelaran Dato’ Seri
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 15 JULAI ( Berita Harian) – Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran tawaran awam permulaan (IPO) utama di Asia Tenggara untuk tempoh separuh pertama kali kedua berturut-turut, menurut laporan Ringkasan IPO Pertengahan Tahun Asia Tenggara 2026 oleh Deloitte.

Menurut laporan itu, Malaysia berjaya mempertahankan kedudukannya itu disokong oleh kejayaan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Bhd, yang mengumpul kira-kira AS$707 juta (RM2.88 bilion) dan mencapai permodalan pasaran sebanyak AS$4.13 bilion (RM16.84 bilion).

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

Dalam laporan itu, Deloitte berkata, Malaysia mencatatkan 36 IPO dengan berjaya mengumpul dana sebanyak AS$1.344 bilion (RM5.48 bilion) dan mencatatkan jumlah permodalan pasaran IPO AS$6.511 bilion (RM26.55 bilion) pada separuh pertama 2026.

Pada separuh pertama 2025, Malaysia mencatatkan 32 IPO dengan berjaya mengumpul dana berjumlah AS$940 juta (RM3.83 bilion) dan permodalan pasaran IPO sebanyak AS$4.036 bilion (RM16.46 bilion).

Rakan Kongsi Perkhidmatan Pasaran Modal Deloitte Malaysia, Wong Kar Choon, berkata pasaran IPO Malaysia kekal sebagai antara yang paling aktif di Asia Tenggara dan terus menerajui rantau ini dari segi jumlah dana IPO yang dikumpul dan bilangan IPO.

Beliau berkata, nilai pengumpulan dana telah mengukuh, mencerminkan peralihan ke arah urus niaga yang lebih besar dan berkualiti tinggi.

“Secara keseluruhan, pasaran IPO Malaysia pada separuh pertama 2026 adalah sihat dan matang. Ia beralih daripada lonjakan didorong volum pada 2025 kepada fasa pertumbuhan yang lebih seimbang dan fokus pada kualiti,” katanya dalam laporan itu.

Menuju ke hadapan, Kar Choon berkata, prospek IPO di Malaysia dijangka kekal positif untuk baki tahun 2026, disokong oleh cadangan IPO yang kukuh dengan lebih 40 penyenaraian berpotensi.

Secara keseluruhan, Deloitte berkata, pasaran IPO di Asia Tenggara mencatatkan 47 IPO dalam tempoh separuh pertama 2026 dengan berjaya mengumpul dana lebih AS$3.07 bilion (RM12.52 bilion) dan mencapai agregat permodalan pasaran IPO sebanyak AS$15.07 bilion (RM61.46 bilion).

Singapura mengatasi Indonesia dalam ranking IPO Asia Tenggara, mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin meningkat dan sokongan padu terhadap pembaharuan pasaran baru-baru ini.

Vietnam pula mencatatkan pemulihan yang kukuh daripada sifar IPO pada separuh pertama 2025 kepada empat IPO pada separuh pertama 2026, mencatatkan permodalan pasaran IPO tertinggi di rantau ini pada AS$6.93 bilion (RM28.26 bilion).

Prestasi IPO di seluruh Indonesia, Thailand dan Filipina kekal lembap pada separuh pertama 2026, mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati, turun naik tidak menentu pasaran dan sensitiviti penerbit terhadap penilaian.

Previous Post

Petaling Jaya muncul hab baharu pusat data premium Malaysia

Next Post

Ketua Pengarah MARA dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, bawa gelaran Dato’ Seri

Next Post
Ketua Pengarah MARA dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, bawa gelaran Dato’ Seri

Ketua Pengarah MARA dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, bawa gelaran Dato' Seri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil