Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Petaling Jaya muncul hab baharu pusat data premium Malaysia

Zailani by Zailani
15 Jul 2026
in Semasa
0
Petaling Jaya muncul hab baharu pusat data premium Malaysia
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 14 JULAI (Berita Harian) – Petaling Jaya (PJ) kini semakin menyerlah sebagai destinasi baharu pembangunan pusat data (DC) berprestasi tinggi meskipun kos tanah di kawasan bandar itu jauh lebih mahal berbanding hab digital sedia ada seperti Cyberjaya.

Perkembangan itu memberi petunjuk bahawa pemilihan lokasi pusat data generasi baharu tidak lagi bergantung kepada faktor kos tanah semata-mata, sebaliknya lebih dipacu keperluan operasi yang memerlukan tahap kebolehpercayaan, kesalinghubungan rangkaian dan kedudukan strategik berhampiran pusat komersial serta institusi utama.

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

Berdasarkan semakan awal, harga tanah perindustrian dan komersial di PJ kini dianggarkan antara RM500 hingga RM1,200 sekaki persegi, jauh lebih tinggi berbanding Cyberjaya yang berada dalam lingkungan RM100 hingga RM500 sekaki persegi.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, walaupun kos pembangunan di kawasan bandar lebih tinggi, pengendali DC seperti NEXTDC memilih PJ kerana fasiliti berkenaan direka untuk menyokong aplikasi kritikal yang memerlukan tahap ketahanan operasi serta prestasi rangkaian yang tinggi.

Beliau berkata, pusat data seperti KL1 milik NEXTDC bukan sekadar kemudahan penyimpanan data, malah bakal berfungsi sebagai pusat kawalan strategik yang menghubungkan ekosistem perniagaan di Kuala Lumpur dan Selangor, selain memanfaatkan kesalinghubungan rangkaian di Cyberjaya dan Lembah Klang.

“Fasiliti sebegini perlu ditempatkan berhampiran ibu pejabat syarikat, badan pengawal selia dan rangkaian komunikasi utama bagi memastikan operasi kritikal dapat berjalan tanpa gangguan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Adam berkata, pembangunan KL1 mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab infrastruktur digital serantau apabila berjaya menarik syarikat teknologi global termasuk Google dan Microsoft untuk menjadi antara pelanggan utamanya.

Beliau menjelaskan, fasiliti KL1 dibangunkan secara berperingkat dengan kapasiti teknologi maklumat keseluruhan yang dirancang mencecah 65 megawatt (MW).

Peringkat pertama berkapasiti 15MW katanya mula beroperasi sejak Mei lalu, manakala Peringkat 2 dan 3 kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang suku keempat tahun ini. Peringkat 4 pula sudah memasuki fasa pembinaan cerucuk.

Pembangunan pusat data itu katanya turut memberi limpahan positif kepada sektor pembinaan tempatan apabila Mitrajaya Holdings berjaya memperoleh kontrak sebagai kontraktor utama dengan nilai kumulatif hampir RM1 bilion, termasuk pesanan perubahan kerja bagi projek KL1.

“Trend pembangunan pusat data di kawasan bandar turut diperlihatkan menerusi kerjasama Lum Chang Tuen Wah Property dengan MyTelehaus bagi membangunkan, memiliki dan mengurus fasiliti pusat data di atas tanah seluas 1.61 ekar di Seksyen 13, Petaling Jaya.

“Selain itu, pembangunan EXSIM DC di Bukit Jalil oleh Binastra Corp turut mencerminkan peningkatan minat pelabur terhadap pembangunan pusat data di lokasi bandar yang mempunyai akses rangkaian lebih kukuh,” katanya.

Bagaimanapun Adam berkata, RHB Investment Bank berpandangan pertambahan pusat data di kawasan bandar berpotensi meningkatkan tekanan terhadap bekalan elektrik dan air sekiranya lebih banyak fasiliti dibangunkan dalam kawasan sama.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, kebanyakan pusat data generasi baharu kini menggunakan teknologi yang lebih cekap dari segi penggunaan utiliti, termasuk sistem penyejukan udara dengan penuaian air hujan yang mampu mengurangkan penggunaan air terawat melebihi 35 peratus, selain mengitar semula kira-kira 10 peratus air sisa basuhan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air awam.

Previous Post

Sarawak bakal miliki kilang Gardenia pertama

Next Post

Malaysia kekalkan status ‘raja IPO’ Asia Tenggara kali kedua berturut-turut

Next Post
Ketua Pengarah MARA dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, bawa gelaran Dato’ Seri

Malaysia kekalkan status 'raja IPO' Asia Tenggara kali kedua berturut-turut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil