Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Sime Darby Property perluas hab logistik dengan tambahan gudang 2.2 juta kaki persegi

Zailani by Zailani
12 Jul 2026
in Semasa
0
Sime Darby Property perluas hab logistik dengan tambahan gudang 2.2 juta kaki persegi
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 12 JULAI ( Berita Harian) – Sime Darby Property Bhd terus mengukuhkan kedudukannya dalam sektor hartanah perindustrian apabila memperluaskan E-Metro Logistics Park di Bandar Bukit Raja, Selangor, menerusi pembangunan dua kemudahan logistik Gred A baharu, yang bakal menambah ruang gudang seluas lebih 2.2 juta kaki persegi.

Projek dibangunkan bersama rakan usaha sama, ESR, pemilik dan pengurus aset sebenar yang memberi tumpuan kepada rantau Asia Pasifik itu membabitkan penyiapan Metrohub 4 serta permulaan pembinaan Metrohub 3.

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

Penambahan kapasiti itu dijangka mengukuhkan lagi E-Metro Logistics Park sebagai antara hab logistik dan perindustrian utama negara bagi memenuhi permintaan berterusan terhadap kemudahan logistik moden di Selangor.

Terletak berhampiran Pelabuhan Klang serta mempunyai akses terus ke rangkaian lebuh raya utama di Lembah Klang, taman logistik itu menawarkan hubungan yang lebih cekap ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, E-Metro Logistics Park adalah komponen penting dalam ekosistem perindustrian dan logistik Bandar Bukit Raja iaitu antara bandar perindustrian utama syarikat di Selangor.

“Projek ini direalisasikan hasil sokongan pelabur institusi melalui Dana Pembangunan Perindustrian sulung kami bernilai RM1 bilion.

“Apabila Metrohub 3 dan Metrohub 4 siap kelak, keseluruhan portfolio E-Metro Logistics Park akan meliputi ruang gudang moden melebihi 4.2 juta kaki persegi, sekali gus memperkukuh penawaran kemudahan logistik bertaraf institusi yang disasarkan kepada syarikat multinasional,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Metrohub 1 dan Metrohub 2 sudah mencapai kadar penghunian penuh dengan penyewa daripada sektor e-dagang, logistik pihak ketiga (3PL) dan rantaian bekalan.

Metrohub 4 yang berkeluasan kira-kira 1.38 juta kaki persegi menjadi gudang siap bina berbilang penyewa terbesar dalam portfolio Metrohub.

Selain itu, rangkaian minuman global, MIXUE menjadi pelanggan pertama yang membuat komitmen awal apabila menempah 13.4 peratus daripada keluasan boleh disewa bersih (NLA) kemudahan itu sebelum ia mula beroperasi.

Metrohub 3 yang dijadualkan siap pada suku ketiga 2027 pula akan menawarkan ruang gudang kira-kira 840,000 kaki persegi menerusi dua blok berasingan.

Salah satu blok itu turut dilengkapi kemudahan penyimpanan barangan berbahaya serta memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk mengendalikan pelbagai jenis kargo dalam satu fasiliti bersepadu.

Permintaan terhadap kemudahan penyimpanan barangan berbahaya dijangka terus meningkat susulan pertambahan import komponen kenderaan elektrik (EV), khususnya bateri litium, ke pasaran Malaysia.

Previous Post

Onn Hafiz kembali teraju Johor, angkat sumpah MB bgi penggal kedua

Next Post

Kedai Salai Pok Su tampil kelainan, bawa resipi salai Rembau

Next Post
Kedai Salai Pok Su tampil kelainan, bawa resipi salai Rembau

Kedai Salai Pok Su tampil kelainan, bawa resipi salai Rembau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil