Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Microsoft buang hampir 4,800 pekerja akibat peningkatan pelaburan AI

Zailani by Zailani
7 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Microsoft buang hampir 4,800 pekerja akibat peningkatan pelaburan AI
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEATTLE, 7 JULAI (RTM) – Microsoft akan mengurangkan kira-kira 2.1 peratus daripada tenaga kerjanya, membabitkan sekitar 4,800 pekerja, susulan peningkatan perbelanjaan besar dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan usaha meningkatkan kecekapan operasi menerusi teknologi tersebut.

Related posts

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026
United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

29 Jul 2026

Langkah itu menjadikan Microsoft syarikat teknologi gergasi terbaharu yang melaksanakan pemberhentian pekerja ketika industri berdepan tekanan untuk membuktikan pulangan daripada pelaburan AI yang semakin meningkat.

Syarikat teknologi utama dijangka membelanjakan lebih AS$700 bilion (kira-kira RM2.86 trilion) bagi pembangunan AI tahun ini.

Perbelanjaan besar itu meningkatkan tekanan terhadap syarikat untuk menjana pulangan pelaburan, selain menampung kos pelaksanaan teknologi berkenaan dalam operasi masing-masing.

Sebelum ini, Amazon dan Meta Platforms turut mengurangkan ribuan pekerja sepanjang tahun ini.

Microsoft mengumumkan pengurangan tenaga kerja itu pada Isnin selepas berdepan prestasi saham yang kurang memberangsangkan.

Saham syarikat berkenaan susut hampir 23 peratus sepanjang enam bulan pertama 2026, sekali gus mencatat prestasi separuh pertama paling lemah sejak 2022.

Awal tahun ini, Microsoft turut menawarkan skim pemisahan sukarela kepada kira-kira tujuh peratus tenaga kerjanya di Amerika Syarikat, membabitkan sekitar 9,000 pekerja.

Permintaan tinggi terhadap AI sebelum ini memacu pertumbuhan perniagaan pengkomputeran awan Azure milik Microsoft.

Sehingga April lalu, Azure merupakan platform eksklusif yang menawarkan model AI keluaran OpenAI.

Bagaimanapun, kos pembinaan pusat data yang semakin meningkat bagi menyokong perkhidmatan AI kini memberi tekanan terhadap aliran tunai syarikat. – REUTERS

Previous Post

Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA perkasa pembangunan masyarakat di Pagoh

Next Post

Kami hanya naik bas ke parlimen-Fadhli Shaari

Next Post
Kami hanya naik bas ke parlimen-Fadhli Shaari

Kami hanya naik bas ke parlimen-Fadhli Shaari

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil