Thursday, 30 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

2,000 usahawan bakal nikmati pembiayaan tanpa faedah menerusi dana RM20 juta

Zailani by Zailani
22 Jun 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
2,000 usahawan bakal nikmati pembiayaan tanpa faedah menerusi dana RM20 juta
0
SHARES
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 22 JUN (Media Selangor) – Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta menerusi menerusi inisiatif Pembiayaan Dana Pantas Usahawan bagi membantu usahawan memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri memperkenalkan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM10,000 dengan tempoh bayaran balik hingga tiga tahun.

Related posts

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026
United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

29 Jul 2026

“Sebahagian besar daripada ekonomi Selangor terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana, dan kebanyakan syarikat ini bermula di peringkat usahawan kecil.

“Dengan kombinasi usaha Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) dan Platform Selangor (PLATS), Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan pembiayaan ini agar lebih ramai warga Selangor boleh menceburi bidang keusahawanan,” katanya ketika membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor, kelmarin.

Amirudin menambah bantuan tersebut bakal memanfaatkan 2,000 usahawan yang berdaftar melalui aplikasi digital DANA PLUS yang dikendalikan Hijrah Selangor.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan 6,000 usahawan yang mempunyai pinjaman dengan Hijrah Selangor boleh memohon untuk membuat penstrukturan semula tanpa faedah tambahan atau caj penalti bagi menjamin kelangsungan perniagaan.

“Bagi usahawan yang sedang menghadapi kesan bekalan global dan mungkin mengalami penurunan prestasi perniagaan, Kerajaan Negeri turut mewujudkan pilihan untuk para usahawan menstrukturkan semula pinjaman melalui Yayasan Hijrah,” katanya lagi.

Pada 16 April lalu, Kerajaan Negeri memperkenalkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan peruntukan RM131 juta sebagai langkah segera bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global dan gangguan bekalan susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Pakej fasa pertama yang bermula Jun ini memberi tumpuan kepada keterjaminan bekalan makanan, sokongan kepada sektor pertanian dan agromakanan, kawalan kos sara hidup, bantuan pengangkutan awam serta inisiatif pemakanan dan kebajikan pelajar.

Menurut Amirudin, pakej yang menyediakan bantuan bersasar kepada golongan rentan itu menggunakan peruntukan negeri dalam Belanjawan 2026 yang disusun semula mengikut keperluan semasa.

Previous Post

MAB, SIA perkenal produk tambang bersama Singapura–Kuala Lumpur

Next Post

Hakim Danish cipta sejarah di Brno, dari petak ke-14 ke podium tertinggi

Next Post
Hakim Danish cipta sejarah di Brno, dari petak ke-14 ke podium tertinggi

Hakim Danish cipta sejarah di Brno, dari petak ke-14 ke podium tertinggi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil