Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

MAB, SIA perkenal produk tambang bersama Singapura–Kuala Lumpur

Zailani by Zailani
22 Jun 2026
in Khas
0
MAB, SIA perkenal produk tambang bersama Singapura–Kuala Lumpur
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA, 22 JUN ( Bernama) – Malaysia Airlines (MAB) dan Singapore Airlines (SIA) memperkenalkan produk tambang bersama bagi perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur, susulan kerjasama strategik perniagaan bersama yang dimeterai pada Januari 2026.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat penerbangan itu memaklumkan produk berkenaan dibangunkan berasaskan kerjasama perkongsian kod sedia ada, sekali gus membolehkan MAB dan SIA menawarkan lebih banyak pilihan tambang kepada pelanggan.

Related posts

Volkswagen rancang pengurangan drastik barisan model kenderaan, 100,000 berisiko hilang kerja

Volkswagen rancang pengurangan drastik barisan model kenderaan, 100,000 berisiko hilang kerja

10 Jul 2026
Perancis, Maghribi ulang pertembungan Piala Dunia 2022

Perancis, Maghribi ulang pertembungan Piala Dunia 2022

8 Jul 2026

Usaha itu turut dijangka meningkatkan kesalinghubungan dalam rangkaian gabungan kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan.

“MAB dan SIA turut berusaha ke arah pengenalan pelbagai manfaat tambahan secara berperingkat kepada pelanggan, termasuk akses lounge secara timbal balik, jadual penerbangan terselaras serta pengaturan perjalanan korporat secara bersama.

“Inisiatif ini mencerminkan kerjasama komersial yang semakin erat antara kedua-dua syarikat penerbangan serta komitmen bersama untuk menambah baik kesalinghubungan antara Malaysia, Singapura dan rantau ini secara keseluruhannya,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (Perniagaan Penerbangan) Malaysia Aviation Group, Bryan Foong, berkata kerjasama perniagaan bersama itu merupakan pencapaian penting dalam peluasan kerjasama komersial syarikat.

“Menerusi langkah memperkenalkan produk tambang bersama itu, kami menawarkan lebih banyak pilihan, fleksibiliti lebih baik serta pengalaman perjalanan lebih lancar kepada pelanggan kami.

“Kerjasama ini juga menjadi asas kepada penyepaduan lebih kukuh bagi rangkaian kami, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pelancong percutian dan pelancong perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial SIA, Lee Lik Hsin, berkata kedua-dua syarikat penerbangan akan terus menggabungkan kelebihan masing-masing bagi meningkatkan tawaran penerbangan serta memberikan nilai lebih tinggi kepada pelanggan.

“Di samping itu, ia turut memperkukuh hubungan rakyat antara kedua-dua negara serta hubungan perdagangan yang telah lama terjalin antara Singapura dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pengenalan produk tambang bersama itu menambah pilihan tambang sedia ada kepada pelanggan yang melakukan perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur, sekali gus menawarkan lebih fleksibiliti serta kemudahan dalam merancang perjalanan.

Previous Post

Melaka cadang buka 3 lagi laluan penerbangan ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang

Next Post

2,000 usahawan bakal nikmati pembiayaan tanpa faedah menerusi dana RM20 juta

Next Post
2,000 usahawan bakal nikmati pembiayaan tanpa faedah menerusi dana RM20 juta

2,000 usahawan bakal nikmati pembiayaan tanpa faedah menerusi dana RM20 juta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil