Sunday, 21 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Melaka cadang buka 3 lagi laluan penerbangan ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang

Zailani by Zailani
20 Jun 2026
in Semasa
0
Melaka cadang buka 3 lagi laluan penerbangan ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA , 10 JUN ( Bernama) – Tiga laluan penerbangan baharu iaitu satu ke ke destinasi antarabangsa dan dua ke destinasi domestik, dijangka dibuka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini menjelang akhir tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata laluan berkenaan ialah Melaka-Batam, Indonesia-Melaka; Melaka-Kota Bahru-Melaka dan Melaka-Pulau Pinang-Melaka.

Related posts

Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang

Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang

20 Jun 2026
KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

19 Jun 2026

“Kerajaan negeri sedang berunding dengan beberapa syarikat penerbangan termasuk satu penerbangan tambang murah, untuk membuka tiga laluan berkenaan iaitu ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang.

“Kita berhasrat dan akan mencuba sebaik mungkin untuk merealisasikannya pada tahun ini, tetapi ia bergantung pada penilaian syarikat penerbangan terlibat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke LTAM sempena penerbangan Melaka-Pekanbaru-Melaka di LTAM di sini,semalam.

Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (Tourism Melaka) Nasrul Ahmad.

Ab Rauf berkata kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan kerajaan Persekutuan, bagi memastikan fasiliti di LTAM dapat memenuhi keperluan bagi operasi syarikat penerbangan terlibat.

Beliau berkata pembukaan tiga laluan penerbangan berkenaan, merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan, sekali gus merancakkan sektor berkenaan dan meningkatkan ekonomi negeri.

Ab Rauf berkata walaupun saiz LTAM lebih kecil berbanding lapangan terbang lain, tetapi fasiliti itu diuruskan dengan baik oleh Malaysia Airports Holdings Berhad.

“Walaupun Melaka ini kecil, tetapi kita ada sebanyak 150 penerbangan sehari yang dilakukan Malaysia Flying Academy di sini dan kesibukan laluan udara di negeri ini akan bertambah dengan pembukaan laluan penerbangan baharu itu.

“Kerancakan ekonomi negeri ini telah menarik banyak syarikat penerbangan untuk datang melihat potensi Melaka dijadikan hab penerbangan,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata lawatan ke LTAM, bertujuan melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan di fasiliti itu daripada pelbagai aspek antaranya melibatkan Jabatan Imigresen seperti perkhidmatan daftar masuk serta urusan ketibaan pelancong.

Previous Post

Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Melaka cadang buka 3 lagi laluan penerbangan ke Batam, Kota Bharu dan Pulau Pinang
  • Selepas 10 Tahun Beroperasi, DAG® Tamatkan Operasi Gudang
  • KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil