Thursday, 18 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Tokoh akademik, Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah

Zailani by Zailani
18 Jun 2026
in Semasa
0
Tokoh akademik, Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah
0
SHARES
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 18 JUN – Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Putra, semalam.

Related posts

Angkasa cadang bajet RM257 juta untuk MAPA ke-40

Angkasa cadang bajet RM257 juta untuk MAPA ke-40

18 Jun 2026
MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

17 Jun 2026

Pada majlis yang sama, pakar fiqah Islam dari Maghribi, Dr Ahmad Al-Raysuni, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua penerima. Sambutan tahun ini membawa tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri, Datin Ruziah Mohd Tahir, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.”

Osman, 80, yang berasal dari Kampung Bukit Lada, Chenor, Pahang, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai penghormatan tertinggi terhadap sumbangannya dalam bidang ilmu sepanjang lebih lima dekad berkecimpung dalam dunia akademik.

“Saya sudah bertugas di banyak universiti dalam dan luar negara dan ini jihad saya dalam medan ilmu. Jihad untuk mempertahankan ilmu yang benar dan melawan ilmu palsu,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Penerima Anugerah Ilmu Kemanusiaan Global 2019 itu berkata, pengalaman luas dalam akademia membolehkannya terus berkongsi kepakaran, membimbing generasi baharu dan menyumbang kepada pembangunan ilmu di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, jihad ilmu bukan sekadar menuntut pengetahuan, malah merangkumi usaha meneroka, menyebarkan dan mengaplikasikan ilmu demi manfaat masyarakat serta negara.

Sempena sambutan Maal Hijrah, Osman mengajak masyarakat menghayati konsep hijrah dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya sebagai peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, tetapi sebagai simbol transformasi yang membina masyarakat berteraskan ilmu, keadilan dan nilai murni.

Sementara itu, Ahmad Al-Raysuni, 73, menyifatkan pengiktirafan yang diterimanya sebagai bukti komitmen berterusan Malaysia dalam memartabatkan syiar Islam dan menghargai sumbangan tokoh yang berjasa kepada pembangunan ummah.

Beliau berkata, penglibatannya selama lebih 50 tahun dalam bidang dakwah, kebajikan, pembangunan sosial dan pemikiran Islam akhirnya membawa beliau memberi tumpuan lebih mendalam kepada dunia akademik dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini.

“Ilmu mesti didahulukan sebelum perkataan dan perbuatan. Dalam tradisi keilmuan Islam, ilmu merupakan asas kepada segala bentuk pembangunan dan perubahan masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengajak umat Islam menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai medan muhasabah serta titik permulaan untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan sejajar dengan semangat pembaharuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Previous Post

The Barakah Growth Blueprint perkenal The Founder’s Arena, perkasa pertumbuhan usahawan

Next Post

Angkasa cadang bajet RM257 juta untuk MAPA ke-40

Next Post
Angkasa cadang bajet RM257 juta untuk MAPA ke-40

Angkasa cadang bajet RM257 juta untuk MAPA ke-40

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Angkasa cadang bajet RM257 juta untuk MAPA ke-40
  • Tokoh akademik, Osman Bakar dinobat Tokoh Maal Hijrah
  • The Barakah Growth Blueprint perkenal The Founder’s Arena, perkasa pertumbuhan usahawan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil