Saturday, 6 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Alliance Bank, 99 Speed Mart tawar ansuran sifar peratus kepada PKS

Zailani by Zailani
3 Jun 2026
in SME Bisnes
0
Alliance Bank, 99 Speed Mart tawar ansuran sifar peratus kepada PKS
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 3 JUN (Berita Harian) :- Alliance Bank Malaysia Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd menjalin kerjasama strategik untuk memperkenalkan pelan bayaran ansuran sifar peratus menerusi platform pembelian pukal dalam talian, 99 Bulksales, bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengurus aliran tunai dengan lebih fleksibel.

Inisiatif itu disasarkan kepada PKS, pemilik perniagaan, peruncit dan peniaga yang mempunyai keperluan inventori berskala besar, sekali gus membantu menyokong pertumbuhan perniagaan dan pengembangan operasi mereka.

Related posts

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

5 Jun 2026
Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

4 Jun 2026

Menerusi kemudahan berkenaan, pemegang kad kredit Alliance Bank termasuk kad kredit perniagaan boleh menukar transaksi dalam talian yang layak bernilai RM500 dan ke atas kepada pelan bayaran ansuran sifar peratus selama tiga bulan melalui platform 99 Bulksales.

Kemudahan itu dijangka membantu perniagaan mengurangkan beban pembayaran pendahuluan bagi pembelian pukal selain mengekalkan pusing ganti inventori yang stabil dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Pada masa sama, ia membolehkan PKS membebaskan modal kerja, memperkemaskan pembelian inventori serta meningkatkan jualan dengan lebih berkesan. Pengguna yang mempunyai isi rumah besar turut boleh memanfaatkan pelan itu dengan memenuhi syarat perbelanjaan minimum yang ditetapkan.

Kerjasama berkenaan dimeterai menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Kumpulan dan Transaksi Alliance Bank, Raymond Chui, dan Pengarah Gantian 99 Speed Mart, Albert Lee Yan Zhong.

Mengulas mengenainya Chui berkata, kerjasama itu menyediakan penyelesaian bermakna bagi menyokong PKS serta ekosistem perniagaan yang lebih luas di Malaysia ketika berdepan cabaran semasa.

“Menerusi kerjasama dengan 99 Speed Mart, kami dapat menjangkau rangkaian pemilik perniagaan yang lebih luas melalui penyelesaian digital berteraskan pelanggan, di samping memperkukuh penggunaan pembayaran tanpa tunai dan digital dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Yan Zhong berkata, inisiatif bersama Alliance Bank itu membolehkan 99 Bulksales menambah baik tawaran e-dagangnya serta memperkenalkan pelaksanaan pertama pelan bayaran ansuran sifar peratus dalam kumpulan berkenaan.

“Program ini diyakini dapat memberi manfaat kepada pengguna dan komuniti perniagaan melalui harga yang lebih rendah, pembelian dalam kuantiti lebih besar serta membantu mengurangkan tekanan terhadap aliran tunai,” katanya.

Menerusi program itu, pilihan bayaran ansuran ditawarkan akan diintegrasikan sepenuhnya ke dalam laman web 99 Bulksales mulai bulan ini, dengan pemegang kad yang layak hanya perlu memilih Pelan Ansuran sfar peratus Alliance Bank bagi tempoh tiga bulan ketika proses pembayaran tanpa memerlukan sebarang dokumen atau permohonan tambahan.

Alliance Bank turut memperbaharui cadangan nilai pelanggan bagi Kad Kredit Perniagaan Mastercard Platinum yang kini menawarkan pulangan tunai sehingga 1.25 peratus untuk semua perbelanjaan termasuk bayaran utiliti seperti elektrik, air dan telekomunikasi, selain pengecualian yuran tahunan tertakluk kepada syarat tertentu serta diskaun sehingga 90 peratus bagi pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan perniagaan menerusi Mastercard Easy Savings Specials.

Previous Post

Perlombongan emas haram: Kelantan rampas 45 jentera pengorek

Next Post

Malaysia, Indonesia tekankan kepentingan perdagangan Intra-ASEAN

Next Post
Malaysia, Indonesia tekankan kepentingan perdagangan Intra-ASEAN

Malaysia, Indonesia tekankan kepentingan perdagangan Intra-ASEAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kunjugan Hormat ACCI ke MITI jadi platform pacu ekonomi Asean serta Antarabangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Klinik Pergigian KPS Dentalcare Pak Sabah tampil lebih moden dengan fasiliti terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh
  • Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka
  • MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil