Thursday, 30 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Kongsi Detik Cemas Gegaran 10 Saat

bisadmin by bisadmin
12 Mar 2026
in Semasa, Terkini
0
Gempa Bumi Sabah: Penduduk Kongsi Detik Cemas Gegaran 10 Saat
0
SHARES
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) — Gegaran gempa bumi yang melanda perairan Kota Kinabalu selama 10 saat tengah malam tadi mencetuskan keadaan panik dalam kalangan penduduk di sekitar daerah itu dan Putatan.

Pemandu e-Hailing Jalius Majin, 45, berkata ketika kejadian beliau sedang berehat di ruang tamu di rumahnya di tingkat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan.

Related posts

Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026
Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026

Beliau berkata keadaan yang pada mulanya tenang bertukar cemas apabila sofa yang didudukinya secara tiba-tiba bergoyang dengan kuat, disusuli bunyi derakan pada dinding dan bumbung bangunan.

Gegaran itu berlaku dalam tempoh lebih kurang 10 saat tetapi terasa sangat lama. Kipas siling di ruang tamu berayun laju dan bingkai gambar bergegar. Ini adalah gempa bumi agak kuat berbanding yang pernah kami rasa sebelum ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau yang menyedari bahaya itu segera mengejutkan isteri dan tiga anak mereka yang sedang nyenyak tidur, sebelum mereka sekeluarga bergegas turun menggunakan tangga kecemasan menuju ke kawasan tempat letak kereta.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan Kota Kinabalu di sini pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Pembantu klinik Clarice Eve Mojigoh, 28, yang tinggal bersama ibunya di tingkat enam perumahan sama pula berkata beliau baru sahaja mahu melelapkan mata selepas pulang bekerja.

Beliau tersedar apabila mendapati pintu almari pakaian di biliknya terbuka dengan sendiri akibat pergerakan bangunan.

Cermin tingkap pun bergegar dan saya rasa pening kerana terhoyong-hayang. Terus saya dapatkan ibu dan membawanya turun ke bawah, katanya, yang hanya sempat membawa bersama lampu suluh dan telefon bimbit.

Sementara itu, pekerja syarikat pembersihan Md Zamri Yusof, 32, berkata detik cemas tengah malam tadi berlaku ketika beliau baru sahaja selesai mengunci pintu stor simpanan peralatan di sebuah blok komersial di Aeropod, Tanjung Aru di sini.

Pada awalnya, beliau menyangka rasa pening dan berpusing yang dialaminya berpunca daripada keletihan melampau selepas bekerja syif malam, namun sangkaannya meleset sama sekali apabila menyedari lantai koridor tempatnya berdiri mula berayun.

Gegaran itu berlarutan sekitar 10 saat tetapi ayunannya membuatkan saya terpaksa berpaut pada besi penghadang koridor. Saya nampak pintu gulung besi (roller shutter) premis di sepanjang tingkat itu bergegar dan mengeluarkan bunyi berkeriut yang bising, katanya.

Menyedari ancaman gempa bumi yang agak kuat itu, Md Zamri tanpa berfikir panjang terus membatalkan niatnya untuk menggunakan lif dan berlari turun menyelamatkan diri melalui tangga.

Gegaran itu rata-rata dirasai penduduk di kawasan Kota Kinabalu dan kawasan sekitar, terutamanya yang tinggal di bangunan bertingkat.

— BERNAMA

Tags: Gempa BumiGempa Bumi SabahSabah
Previous Post

Growbiz lahirkan usahawan cekal dan berani

Next Post

Pasaraya KITO, tawar kemudahan pengunjung hospital Kuala Krai

Next Post
Pasaraya KITO, tawar kemudahan  pengunjung hospital Kuala Krai

Pasaraya KITO, tawar kemudahan pengunjung hospital Kuala Krai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil