Friday, 18 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan

Zailani by Zailani
18 Sep 2026
in Semasa
0
90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan
0
SHARES
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 18 SEPT ( Sinar Harian) – Lebih lapan juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menikmati perlindungan bil elektrik susulan peningkatan aras penggunaan daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800 kWj sebulan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Shamsul Ahmad berkata, peningkatan aras perlindungan itu membabitkan tambahan hampir satu juta pengguna domestik berbanding sebelum ini.

Related posts

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid

18 Sep 2026
BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

BSN perluas akses perbankan perniagaan kepada usahawan mikro, penjaja

17 Sep 2026

Katanya, semua pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan dikecualikan daripada caj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lapan peratus serta caj peruncitan RM10.

“Perlindungan tambahan itu berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026, dengan pengurangan bagi penggunaan September akan dikreditkan dalam bil Oktober.

“Sepanjang tempoh ini, TNB dijangka menampung caj AFA dan caj peruncitan berjumlah kira-kira RM120 juta hingga RM150 juta,” katanya dalam taklimat media di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Facebook semalam mengumumkan langkah menambah baik subsidi bil elektrik dengan memperluas tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan.

Katanya, ia berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, peningkatan aras perlindungan itu bertujuan mengurangkan impak penggunaan elektrik terhadap kos sara hidup pengguna.

Pada masa sama katanya, langkah itu memastikan pengguna terus dilindungi daripada perubahan kadar AFA yang dipengaruhi ketidaktentuan kos bahan api global susulan krisis di Asia Barat.

“Ia juga mengambil kira peningkatan penggunaan elektrik berikutan cuaca panas dan jerebu yang sedang melanda ketika ini.

“Sebagai syarikat utiliti nasional, keutamaan TNB ialah memastikan rakyat terus menikmati bekalan elektrik yang selamat dan berdaya harap.

“Pada masa yang sama, TNB akan terus memainkan peranan secara proaktif untuk membantu pengguna mengurus penggunaan elektrik secara lebih cekap melalui akses kepada maklumat, teknologi dan pilihan penggunaan tenaga yang bersesuaian,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya mengekalkan amalan kecekapan tenaga, khususnya ketika negara berdepan cuaca panas dan jerebu.

Antara langkah disarankan ialah memantau penggunaan menerusi aplikasi myTNB, menetapkan penyaman udara antara 24 hingga 26 darjah Celsius serta menggunakan peralatan elektrik dengan penarafan kecekapan tenaga empat atau lima bintang.

Pengguna juga boleh beralih kepada skim Masa Penggunaan (TOU) bagi memanfaatkan kadar tarif lebih rendah pada waktu luar puncak, selain mempertimbang pemasangan solar bumbung menerusi inisiatif Solar ATAP dan SuRIA Home.

Previous Post

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • 90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan
  • UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid
  • Kukuh ekosistem halal di rantau ASEAN

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil