Friday, 18 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa POLITIK

UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid

Zailani by Zailani
18 Sep 2026
in POLITIK
0
UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 18 SEPT ( Sinar Harian) – UMNO mengambil inisiatif melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, oleh itu parti berharap seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong serta mereka yang ingin bersama-sama memberikan sokongan agar menyumbang secara sukarela.

Related posts

‘Tinggal 1 Jumaat lagi’ – Rauf

‘Tinggal 1 Jumaat lagi’ – Rauf

17 Sep 2026
UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

11 Sep 2026

Menurutnya, inisiatif itu akan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

“UMNO menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

“Perkembangan ini amat bermakna buat beliau dan keluarga, serta seluruh keluarga UMNO yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa.

“Penghormatan kepada institusi raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kita,” ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan.

Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, pendirian UMNO sejak awal adalah untuk membawa permohonan ini dengan penuh tertib dan rendah hati, melalui saluran yang ditetapkan

Jelasnya, beliau bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan baginda.

“Segala kerendahan hati, UMNO menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas perkembangan ini. Limpah ihsan Tuanku membawa kelegaan yang amat besar buat Najib dan keluarga serta akan sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan oleh seluruh keluarga UMNO.

“Saya menyeru seluruh ahli UMNO agar menyambut perkembangan ini dengan rasa syukur, menjaga adab dalam setiap ungkapan dan menghormati segala proses yang ditetapkan,” ujarnya.

Previous Post

Kukuh ekosistem halal di rantau ASEAN

Next Post

90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan

Next Post
90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan

90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • 90 peratus pengguna domestik TNB menikmati manfaat susulan peningkatan aras penggunaan kepada 800 kWj sebulan
  • UMNO lancar kutipan tabung sumbangan, bantu Najib lunas denda RM50 juta – Ahmad Zahid
  • Kukuh ekosistem halal di rantau ASEAN

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil