Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Pengasas Kumpulan Westar Syed Azman dianugerah Tokoh Perdana Maulidur 2026

Zailani by Zailani
25 Aug 2026
in Ekonomi Islam
0
Pengasas Kumpulan Westar Syed Azman dianugerah Tokoh Perdana Maulidur 2026
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG,25 OGOS ( Bernama) – Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Westar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026.

Pengikitirafan itu diberikan kepada Syed Azman atas pencapaian Weststar dalam menyediakan lebih 40 helikopter untuk operasi minyak dan gas, serta mencerminkan dominasi beliau dalam sektor penerbangan sokongan tenaga, serta kedudukan Weststar sebagai penyedia utama di rantau Asia Pasifik.

Related posts

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

13 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

Selain itu, Syed Azman juga terlibat secara aktif dalam pelbagai inisiatif kebajikan, merangkumi pembangunan infrastruktur komuniti, bantuan bencana, sokongan kepada rumah anak yatim, pembinaan dan penyelenggaraan surau serta masjid di beberapa kawasan, dan program kebajikan setempat.

Banyak inisiatif itu dijalankan secara senyap tanpa publisiti, selari dengan pendekatan Syed Azman yang lebih suka bekerja di belakang tabir.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di sini, pada Selasa.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori Tokoh Wira Negara, atas jasanya semasa bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antaranya mematahkan banyak sel pengganas dan rangkaian militan antarabangsa serta tempatan di dalam negara dengan cekap.

Penerima Anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah guru agama Abdul Hamid Chin (Tokoh Agamawan); Ketua Unit Perkhidmatan OKU, Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Ruzita Mohd Amin (Tokoh Wanita MADANI); dan bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif).

Penerima Anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Tokoh Belia Harapan); pesara buruh Laman Yasim (Tokoh Keluarga Mithali); dan pempengaruh media sosial Muhammad Mikhael Sathyah yang menerima Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang).

Sementara itu, dalam sidang media, Syed Azman berkata, beliau amat terharu kerana dianugerahkan Tokoh Perdana pada Sambutan Maulidur Rasul tahun ini, dan akan terus menyebarkan aktiviti kebajikan.

“Syarikat Kumpulan Weststar memang aktif bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di luar negara. Pada saya, semua ini (aktiviti kebajikan) ialah tanggungjawab setiap orang Islam untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.

Previous Post

156 anak penyu baru menetas di Pantai Pachakan selepas 30 tahun

Next Post

Rahim Razali terima Anugerah Tokoh Zaid Bin Thabit

Next Post
Rahim Razali terima Anugerah Tokoh Zaid Bin Thabit

Rahim Razali terima Anugerah Tokoh Zaid Bin Thabit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
  • Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
  • Rangka manusia dalam tong biru

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil