Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Tukar daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

Zailani by Zailani
17 Aug 2026
in Semasa
0
KUSKOP salur hampir RM7 bilion bantu lebih 213,000 usahawan dalam enam bulan pertama 2026
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 17 OGOS ( Berita Harian) – Kerajaan mahu usahawan tempatan beralih daripada sekadar menghasilkan produk di Malaysia kepada membangunkan produk yang direka, dicipta dan dimiliki rakyat tempatan bagi meningkatkan daya saing jenama negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, berkata perubahan daripada konsep ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’ penting bagi memastikan produk tempatan tidak hanya bersaing berdasarkan harga.

Related posts

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

12 Sep 2026
Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

12 Sep 2026

Katanya, jenama Malaysia perlu berasaskan nilai, keyakinan pengguna serta inovasi bagi membolehkan produk tempatan menembusi pasaran lebih luas.

“Tiga perkara utama ialah jenama Malaysia harus mencerminkan nilai dan bukan harga semata-mata, memberikan keyakinan kepada pengguna dari segi keselamatan, kesihatan dan kebersihan serta mempunyai daya inovasi yang lebih rancak.

“Kita harus beransur-ansur beralih kepada model Made by Malaysia, iaitu produk yang direka, dicipta dan dibuat oleh orang Malaysia,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program BrandQuest 2026 dan Majlis Apresiasi National Mark of Malaysian Brand (NMMB), di sini hari ini.

Sim berkata, pendekatan berkenaan amat penting terutamanya ketika dunia berdepan keadaan ekonomi yang bergolak dan persaingan pasaran yang semakin sengit.

Katanya, dalam mencapai usaha berkenaan, kementerian turut memperuntukkan RM230,000 bagi membantu kira-kira 40 syarikat tempatan mendapatkan pensijilan ‘Malaysian Brand’ atau NMMB dalam usaha memperkukuh daya saing produk negara di pasaran global.

“Sudah tentu kita akan melihat peruntukan ini dari semasa ke semasa dan jika ada keperluan kita akan tingkatkan jumlahnya untuk membantu sektor ini,” katanya.

Beliau berkata Malaysia sebenarnya sudah mempunyai asas kukuh untuk membangunkan jenama bertaraf global dengan 100 jenama Malaysia terbesar pada 2025 mempunyai nilai keseluruhan hampir AS$60 bilion berdasarkan laporan Brand Finance.

NMMB adalah satu inisiatif pensijilan penjenamaan bagi mengiktiraf produk dan perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menepati nilai Kualiti, Kecemerlangan dan Keunggulan.

Program kerjasama antara SME Corp Malaysia bersama SIRIM QAS International Sdn Bhd itu bukan sekadar satu pengiktirafan tetapi ia adalah simbol kepercayaan dan kredibiliti yang membuka peluang lebih luas di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Previous Post

Jangan layan maklumat ‘Bantuan eMADANI RM1,700’ – MOF

Next Post

Labur hingga RM15,000 ubah suai motosikal secara ekstrem demi aksi ‘Superman’ – JPJ Kelantan

Next Post
Labur hingga RM15,000 ubah suai motosikal secara ekstrem demi aksi ‘Superman’ – JPJ Kelantan

Labur hingga RM15,000 ubah suai motosikal secara ekstrem demi aksi 'Superman' - JPJ Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil