Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

AirBorneo buka jualan tiket laluan antarabangsa pertama ke Singapura mulai 13 Julai

Zailani by Zailani
11 Jul 2026
in Semasa
0
AirBorneo buka jualan tiket laluan antarabangsa pertama ke Singapura mulai 13 Julai
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING, 11 JULAI (Bernama) – AirBorneo Airways akan membuka jualan tiket bagi laluan antarabangsa pertamanya menghubungkan Kuching dan Singapura, bermula 13 Julai ini, menjelang pelancaran perkhidmatan penerbangan harian pada 22 Julai bersempena dengan sambutan Hari Sarawak.

Syarikat penerbangan milik Kerajaan Negeri Sarawak itu memaklumkan jualan tiket akan dibuka bermula 10 pagi, 13 Julai dengan promosi sehala termasuk semua caj bermula RM399 bagi Kelas Ekonomi dan RM871 bagi Kelas Perniagaan.

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

“Perkhidmatan harian baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Terminal 4 Lapangan Terbang Changi, Singapura akan memperkukuh hubungan udara Sarawak dengan satu daripada hab penerbangan, dan membuka peluang baharu dalam perdagangan, pelancongan dan pelaburan antara Sarawak dan Singapura,” menurut kenyataan itu.

AirBorneo memaklumkan pemilihan tarikh penerbangan pertama itu amat bermakna kerana bertepatan dengan sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai, iaitu hari memperingati pemerintahan negeri itu serta kemajuan berterusannya.

“Pelancaran laluan antarabangsa pertama AirBorneo pada hari bersejarah ini mencerminkan aspirasi Sarawak yang semakin berkembang dalam sektor penerbangan, sekali gus memperkukuh keyakinan negeri itu untuk meluaskan jaringan, memperkasakan hubungan, perdagangan dan peluang baharu melangkaui sempadan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin dalam kenyataan sama berkata, pelancaran laluan baharu itu merupakan satu pencapaian penting dalam perkembangan syarikat penerbangan berkenaan.

Beliau berkata, perkhidmatan penerbangan Kuching-Singapura mencerminkan langkah besar dalam perjalanan pertumbuhan AirBorneo apabila buat kali pertamanya syarikat itu meluaskan rangkaian penerbangan dari Sarawak ke destinasi di luar Malaysia.

“Singapura ialah hab serantau dan antarabangsa yang penting, dan laluan baharu ini akan mewujudkan peluang bermakna dalam perdagangan, pelancongan serta pelaburan antara Sarawak dengan rantau lebih luas.

“Kami kekal komited menghubungkan rakyat, perniagaan dan peluang melalui perkhidmatan penerbangan yang selamat serta boleh dipercayai. Pencapaian ini mencerminkan aspirasi jangka panjang kami untuk terus mengembangkan rangkaian antarabangsa AirBorneo demi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial Sarawak,” katanya.

Berdasarkan jadual, penerbangan MY363 akan berlepas dari Kuching pada 6.50 petang dan tiba di Singapura pada 8.25 malam setiap hari, manakala penerbangan pulang pula MY364 akan berlepas dari Singapura pada 9.15 malam dan tiba di Kuching 10.50 malam.

Tiket boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi dan aplikasi mudah alih AirBorneo.

AirBorneo, yang mengambil alih operasi daripada MASWings pada Januari tahun ini, kini menawarkan perkhidmatan ke 21 destinasi menggunakan dua pesawat Boeing 737-800, lapan pesawat ATR 72-500 dan enam pesawat DHC-6-400 Twin Otter, meliputi laluan ke bandar utama serta kawasan pedalaman tanah tinggi.

Previous Post

Zambry bidas kenyataan Nga Kor Ming berkaitan UEC, sifatkan tidak hormat tatakelola Kabinet

Next Post

‘Hati saya bersama rakyat, mari elak isu ini’ – Nga Kor Ming elak soalan letak jawatan

Next Post
‘Hati saya bersama rakyat, mari elak isu ini’ – Nga Kor Ming elak soalan letak jawatan

'Hati saya bersama rakyat, mari elak isu ini' - Nga Kor Ming elak soalan letak jawatan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil