Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Tokoh Industri Halal Kedah, Jaffri Ahmad dikurniakan SDK

Zailani by Zailani
6 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Tokoh Industri Halal Kedah, Jaffri Ahmad dikurniakan SDK
0
SHARES
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR, 6 JULAI – Presiden Bismi Empire dan Pengasas Ayam Bismi, Tuan Haji Jaffri Ahmad,dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-84, semalam.

Kurniaan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan besar beliau kepada pembangunan ekonomi negeri, industri halal, keusahawanan dan kebajikan masyarakat.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Haji Jaffri memulakan perniagaan memproses dan menjual ayam pada tahun 1988 di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar. Bermula dengan pengeluaran sekitar 50 ekor ayam sehari, syarikat yang diasaskannya kini memproses sehingga 30,000 ekor ayam sehari dengan nilai perniagaan mencecah kira-kira RM280 juta setahun bagi tahun 2025.

Di bawah Bismi Empire, beliau turut membangunkan ekosistem industri ayam halal yang lengkap merangkumi pengeluaran dedak halal, penternakan, penyembelihan, pemprosesan, logistik, rangkaian outlet, pemborong, stokis, ejen, produk sejuk beku, produk hiliran serta pembangunan baka ayam melalui breeder dan hatchery.

Bismi Empire kini memiliki 18 ladang ayam dengan kapasiti sekitar dua juta ekor selain menghasilkan jenama dedak halal sendiri, Amaize, yang menggunakan jagung dan soya berkualiti tinggi bagi memastikan standard kualiti dan kehalalan makanan ternakan.

Dalam memperkasakan ekonomi rakyat, Haji Jaffri membuka 21 outlet Ayam Bismi di Kedah dan Perlis yang bukan sahaja menyediakan produk kepada pengguna, malah menjadi platform melahirkan usahawan baharu dalam kalangan graduan dan anak muda.

Beliau juga membangunkan rangkaian 350 pemborong ayam segar Bismi serta lebih 1,000 stokis dan ejen produk Freshly Frozen Chicken di seluruh negara, sekali gus mewujudkan peluang perniagaan kepada ribuan usahawan tempatan.

Selain kejayaan dalam dunia perniagaan, Haji Jaffri turut dikenali sebagai tokoh korporat yang aktif melaksanakan tanggungjawab sosial. Sepanjang tempoh 2015 hingga 2025, Bismi Empire menunaikan zakat sebanyak RM2.86 juta kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Beliau juga menyumbang kepada pembangunan institusi masjid di negeri ini, termasuk pembiayaan naik taraf Masjid At-Taqwa Selarong Batang, sumbangan kepada Masjid Alor Pulai serta menanggung kos utiliti beberapa masjid sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan komuniti.

Komitmen beliau terhadap kebajikan masyarakat turut diterjemahkan melalui penubuhan Rumah Makan Percuma yang beroperasi sejak enam tahun lalu dan menyediakan kira-kira 600 hidangan setiap hari kepada orang ramai di Kedah.

Di peringkat antarabangsa, Haji Jaffri membawa nama Kedah dan Malaysia melalui pembinaan Masjid Nur Bismi di Nigeria serta pembangunan sembilan Telaga Nur Bismi bagi menyediakan bekalan air bersih kepada komuniti setempat.

Dalam bidang kemasyarakatan, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Masjid At-Taqwa sejak tahun 2015 serta Penasihat Persatuan Penduduk Taman Sri Simpang Jaya sejak 2007, selain aktif dalam pelbagai program pembangunan komuniti.

Sepanjang lebih tiga dekad dalam bidang keusahawanan, Haji Jaffri menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan, termasuk Anugerah Penternak Jaya Negeri Kedah, Anugerah Pemasar Terbilang Lelaki Kebangsaan FAMA, Anugerah Agropreneur Cemerlang Agrobank, Anugerah Jihad Bisnes Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Ahli Mahkota Kedah (AMK), Anugerah Majikan Terbaik KWSP Kedah, Anugerah Usahawan Baharu Terbaik TikTok Shop, Anugerah Syarikat Harmoni Peringkat Kebangsaan serta Anugerah Emas sempena Sambutan Jubli Emas Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.

Penganugerahan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) itu dilihat sebagai kemuncak pengiktirafan terhadap dedikasi Haji Jaffri dalam memacu pembangunan industri halal, memperkasa ekonomi negeri, membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan, memperluaskan aktiviti kebajikan serta mengharumkan nama Kedah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Previous Post

IKN tidak sesuai jadi Pusat Kewangan Antarabangsa -Menteri Kewangan Indonesia

Next Post

FELCRA agih keuntungan interim pertama berjumlah RM126.9 juta

Next Post
FELCRA agih keuntungan interim pertama berjumlah RM126.9 juta

FELCRA agih keuntungan interim pertama berjumlah RM126.9 juta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil