Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Lima syarikat teknologi Bumiputera teroka potensi GIS, digital twin di Korea Selatan

Zailani by Zailani
4 Jul 2026
in Khas
0
Lima syarikat teknologi Bumiputera teroka potensi GIS, digital twin di Korea Selatan
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL, 3 JULAI – Lima syarikat teknologi Bumiputera di bawah Program Gate to Global (GTG) High Growth High Value (HGHV) MARA meneruskan misi pengantarabangsaan dengan mengadakan lawatan teknologi ke EGIS Co. Ltd. di Korea Selatan bagi meneroka potensi teknologi sistem maklumat geografi (GIS) dan digital twin yang kini menjadi antara pemacu utama transformasi digital global.

Related posts

Volkswagen rancang pengurangan drastik barisan model kenderaan, 100,000 berisiko hilang kerja

Volkswagen rancang pengurangan drastik barisan model kenderaan, 100,000 berisiko hilang kerja

10 Jul 2026
Perancis, Maghribi ulang pertembungan Piala Dunia 2022

Perancis, Maghribi ulang pertembungan Piala Dunia 2022

8 Jul 2026

Delegasi yang terdiri daripada SS Rover Sdn. Bhd., AL Pine Utility Services Sdn. Bhd., Enygma Technologies Sdn. Bhd., Xcel Itech Sdn. Bhd. dan PZK Sdn. Bhd. diberi pendedahan mengenai pembangunan penyelesaian digital berasaskan GIS dan digital twin yang digunakan dalam pengurusan infrastruktur, pembangunan bandar pintar serta pelbagai aplikasi industri berteknologi tinggi.

Lawatan itu merupakan pengisian terakhir Program Market Immersion anjuran MARA dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang berlangsung selama tiga hari di Korea Selatan.

Sepanjang program, delegasi turut menyertai sesi padanan perniagaan, perkongsian industri serta lawatan teknologi bersama syarikat-syarikat terkemuka dalam bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, dron, digital twin dan teknologi pintar.

Program berkenaan membuka peluang kepada syarikat teknologi Bumiputera untuk meneroka kerjasama strategik, pemindahan teknologi dan pengembangan pasaran antarabangsa menerusi jaringan yang dibina bersama pemain industri global.

Selain itu, pendedahan kepada teknologi terkini seperti GIS dan digital twin dijangka memperkukuh keupayaan syarikat tempatan dalam membangunkan penyelesaian digital yang lebih inovatif serta meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-60 MARA, Program GTG HGHV terus menjadi platform strategik dalam memperkasakan syarikat teknologi Bumiputera untuk menembusi pasaran global melalui akses kepada teknologi terkini, jaringan industri antarabangsa serta peluang pengembangan pasaran bernilai tinggi.

Previous Post

Mesiniaga peroleh kontrak RM39.99 juta daripada Pharmaniaga Logistics

Next Post

U Mobile berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh Malaysia

Next Post
U Mobile berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh Malaysia

U Mobile berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil